Friday, February 17, 2012

The Veil Has Been Opened - KOPI dan INVASI

Salam buat semua.

Pertama sekali gua memohon maaf kerana dah terlalu lama tak menulis di sini, dan akhirnya gua boleh mendedahkan sebab musabab kenapa gua menghilang.

Sebenarnya gua menghilang selama hampir 4 bulan kerana menyiapkan 2 projek penulisan di bawah naungan syarikat penerbitan Buku Fixi, iaitu sebuah cerpen dan juga sebuah novel.

Pertama sekali mengenai cerpen gua. Cerpen yang bertajuk KOPI MIMPI merupakan salah satu dari himpunan 19 cerpen oleh penulis-penulis yang hebat belaka dan dimuatkan dalam sebuah antologi yang dinamakan KOPI, yang rata-ratanya berkisar tentang (yup, you've guess it) kopi. Antologi KOPI akan mula dijual di website Buku Fixi dan juga pesta-pesta buku yang berdekatan mulai 1 Mac 2012. Oh, antologi ini juga merupakan edisi terhad, dan takkan berada di kedai-kedai buku berdekatan anda.

Sedikit sinopsis dari KOPI MIMPI.

Dan yang kedua (cue dramatic music, please), adalah novel PERTAMA dari gua yang diberi nama INVASI. Sebuah novel bergenre sci-fi yang akan dirilis pada bulan April 2012 di seluruh tanah air. Novel ini mengisahkan tentang serangan alien yang bertempat di Malaysia, dan bagaimana seorang 'accidental hero' cuba menyelamatkan diri di tengah-tengah kemusnahan kota Kuala Lumpur. Sinopsis bagi novel ini adalah seperti di bawah:

Sinopsis INVASI. Kenapa takde cover? Kena tunggu.

Kedua-dua karya ini adalah hasil dari sokongan rakan-rakan yang tak pernah putus menyokong apa jua yang gua kerjakan. Terus terang gua katakan, dalam banyak-banyak pekerjaan yang gua bayangkan, tak pernah sekali terlintas untuk gua jadi penulis. Tapi bak kata orang, potensi seseorang takkan ditemui kalau kita tak berani menerokanya.

Gua harap kepada peminat scene sci-fi & fantasy tempatan di Malaysia agar menyokong usaha gua menghidupkan kembali genre ini yang kian dibayangi oleh komedi slapstik. Untuk perkembangan terbaru antalogi KOPI dan novel INVASI, anda boleh mengikuti laman fanpage kedua-duanya di Facebook. Linknya adalah seperti berikut:


Terima kasih semua, dan ini bukan hanya sekadar coretan hati.

2 comments:

  1. salam raja faisal, saya fadli, penulis saga horizon... saya amat2 mengalukan kehadiran saudara dlm penulisan sai-fai dan merasakan saudara akan pergi jauh.. saya ucapkan tahniah dan semoga teruskan menulis cerita sebegini! terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam buat saudara fadz. Saya harap kehadiran saya dalam akan memarakkan lagi minat pembaca untuk memilih sai-fai sebagai bahan bacaan mereka. Terima kasih atas sokongan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...