Thursday, December 9, 2010

Good morning, Shah Alam! (Again?!)

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Hari ini kita kembali berwacana dalam ruangan "Good Morning, Shah Alam!", ruangan luahan hati di pagi-pagi buta ni.

Jadi apa yang kita boleh bualkan hari ni? Disebabkan hari saya dah naik muak dengar cerita pasal dunia sekeliling dalam berita di TV, jadi sekarang kita cerita tentang masalah dalaman pula, lebih tepat lagi tajuk kita malam ni adalah:


Soal Hati: Seringkali di Salah Erti

Bila kita sebut pasal soal hati, ramai yang akan anggap, "masalah cinta la ni, kan?" SALAH! Ia merangkumi semua aspek yang melibatkan hati, termasuklah aqidah, cinta dan kasih sayang, decision making, dan lain-lain. Kita takkan sentuh soal aqidah hari ini, jadi kita akan sentuh topik secara general.

Bijak pandai pernah mengatakan, "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Pernahkah anda terfikir kerelevanan pepatah itu, apa yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita?

Rata-rata manusia zaman ini boleh saya katakan mengikutkan hati semata-mata, tetapi ada juga segelintir diantara kita yang mengikut rasa (nafsu). Sedar ataupun tidak, kita juga tergolong dalam dua golongan ini dalam agenda kita seharian. Kita tak pernah terfikir sama ada setiap langkah ataupun keputusan yang kita buat memberi impak yang positif ataupun negatif. Maybe ia positif bagi kita, tetapi dalam masa yang sama ia adalah negatif kepada insan ataupun persekitaran disekeliling kita. Adakah anda setuju? Tapi itu bagi yang ikutkan hati.

Bagi yang ikutkan rasa (nafsu) pula, contohnya anda boleh lihat sendiri didada-dada akhbar, setiap hari ada saja kes pembuangan bayi. Jadi anda boleh lihat dilongkang-longkang rumah anda, kalau-kalau ada yang terberanak malam ni.

Jadi anda tanya apa yang boleh mengawal hati dan rasa ini. Yes, jawapannya adalah AKAL. Alhamdulillah kita dikurniakan Tuhan degan akal, yang juga membezakan antara kita dengan haiwan. Jadi kenapa bazirkan kurniaan Tuhan tu dengan perkara yang sia-sia? Gunakan ia dengan sebaik mungkin, gunakan ia untuk menimbang dan menaakul setiap gerak geri anda.

Jadi renungkanlah, adakah langkah anda hari ini dipengaruhi oleh hati ataupun nafsu semata? Atau berpandukan akal yang waras untuk mengatur segalanya? Renungkanlah ya. Wallahulam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...