Monday, December 13, 2010

Iblis Tak Hipokrit

Assalamualaikum.

Merujuk tajuk aku diatas, anda semua pasti terkejut..Weyh, apa pulak mamat ni merepek huh? Typo ke?

Tapi memang betul apa yang aku tulis, IBLIS TIDAK HIPOKRIT. Hujah yang menyokong statement berani-mati aku adalah; sang Iblis secara terang-terangan mengaku dengan jujur bahawa beliau akan menentang segala perintah Allah S.W.T. hingga ke akhir zaman, walaupun beliau tahu bahawa nerakalah tempat bagi beliau.

Moralnya kisah saya hari ini, janganlah anda bersikap hipokrit, bak melontar batu sembunyi tangan. Kerna anda yang hipokrit itu sebenarnya berperangai LAGI BURUK dari Iblis Laknatullah. Tak perlulah saya menunding jari kepada siapa, baik pemimpin, artis, mahasiswa, wartawan, atau kita manusia biasa takkan terlepas dari sifat Mazmumah ini. Dan sesungguhnya mereka semua adalah teman paling rapat dengan sang Iblis.

Jadi renungkan, adakah anda ingin menjadi teman seperjuangan beliau? Atau anda sudah pun menyertai ranking sahabat sang Iblis? Renung-renungkanlah.

Wallahualam.

Sunday, December 12, 2010

Jika Kita Mencintai Seseorang

Assalamualaikum.


Jika kita mencintai seseorang..

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karana perginya tanpa berkata lagi. 

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati. 

Hati-hati dengan cinta, karana cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. 

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorang pun pandai menilai cinta karana cinta bukanlah suatu objek yang boleh dilihat dari mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan. 

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.

Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. 

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.



Wallahualam.



Saturday, December 11, 2010

Tangisan Di Hening Pagi

Assalamualaikum.

Ketika mentari pagi hadir menyimbahkan cahayanya, diriku ini terpanggil untuk berfikir sejenak, apakah perananku dipentas dunia? Adakah hadirku ini meninggalkan kesan diatasnya? Kerna hampir sedekad ku cuba mencari, peranan dan erti ku hadir didunia ini, beerseorangan sepanjang masa. Dan selama itulah dunia ini bertindak kejam padaku, ketidakadilannya membuatkan ku berputus harap, malah terlintas bagiku untuk meninggalkannya buat selamanya. Dan aku menangis.


Namun sekilas pancaran suria, aku mengerti kembali maksudku disini, kerna dunia ini hanyalah persinggahan semata, dan tempat yang sebenarnya menanti daku disana. Dan sesungguhnya aku tiada berseorangan disepanjang perjalananku ini, Dia sentiasa ada, Dia selalu mendengar rintihan hatiku ini, walau tak selalu diperkenankan kehendakku, namun ku tahu Dia mempunyai rancangan maha besar untukku. Lantas ku sapu air mataku, bingkasku bangun, ku panjatkan syukur padaNya, kerna dikurniakan satu hari lagi untuk melihat sinaran mentariNya.

Seharusnya ku lebih tabah, kerna masih banyak lagi insan yang lebih menderita daripadaku, yang kesepian sejak sekian lama, kerna mati itu juga sepi, yang menemani hanyalah amalan yang dibawa dalam diri.

Ya Allah, kau tabahkan hatiku, tetapkan imanku, kau terangkanlah jalan dihadapanku, kau permudahkan setiap langkah yang ku hayun, kerna aku hidup kernaMu, dan matiku ini juga kernaMu, Tuhanku. Aku redha atas segala yang kau tentukan untukku, kerna jika itu yang terbaik bagiku, maka aku bersyukur. Terima kasih atas nikmat kehidupan yang kau beri padaku, dan sesungguhnya aku ini hanyalah hambaMu yang lemah.

Renungkan, jangan kita tertanya apakah yang Allah beri pada kita hari ini, tapi tanyakan apa yang kita beri pada Allah untuk hari ini. Wallahualam.

Friday, December 10, 2010

Faizal Tahir - Hanyut (Acoustic)

Enjoy one my favorite songs from one of my favorite malaysian singers. Cheers!

Thursday, December 9, 2010

Aku dan Kau

Kau,
Sentiasa menemaniku kala sedih,
Sentiasa ada disaat ku menangis,
Sentiasa ada kala ku pejamkan mata,
Dan hadir kala ku membukanya.


Kau,
Tempatku luahkan segalanya,
Rasa kasih dan sayangku terhadapmu,
Dan kala kau tiada aku dirundung rindu,
Aku perlukan kau setiap waktu.


Kau,
Sesungguhnya aku takkan tinggalkan kamu,
Setiap masa kau tetap akan ada disisiku,
Kerna hanya kaulah yang satu,
Penawar dukaku,
Pengubat rinduku,
Kalulah segalanya bagiku.


Aku cinta kamu, duhai bantal Pink Pantherku. Haha.

Selamat malam semua! ^_^

Good morning, Shah Alam! (Again?!)

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Hari ini kita kembali berwacana dalam ruangan "Good Morning, Shah Alam!", ruangan luahan hati di pagi-pagi buta ni.

Jadi apa yang kita boleh bualkan hari ni? Disebabkan hari saya dah naik muak dengar cerita pasal dunia sekeliling dalam berita di TV, jadi sekarang kita cerita tentang masalah dalaman pula, lebih tepat lagi tajuk kita malam ni adalah:


Soal Hati: Seringkali di Salah Erti

Bila kita sebut pasal soal hati, ramai yang akan anggap, "masalah cinta la ni, kan?" SALAH! Ia merangkumi semua aspek yang melibatkan hati, termasuklah aqidah, cinta dan kasih sayang, decision making, dan lain-lain. Kita takkan sentuh soal aqidah hari ini, jadi kita akan sentuh topik secara general.

Bijak pandai pernah mengatakan, "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Pernahkah anda terfikir kerelevanan pepatah itu, apa yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita?

Rata-rata manusia zaman ini boleh saya katakan mengikutkan hati semata-mata, tetapi ada juga segelintir diantara kita yang mengikut rasa (nafsu). Sedar ataupun tidak, kita juga tergolong dalam dua golongan ini dalam agenda kita seharian. Kita tak pernah terfikir sama ada setiap langkah ataupun keputusan yang kita buat memberi impak yang positif ataupun negatif. Maybe ia positif bagi kita, tetapi dalam masa yang sama ia adalah negatif kepada insan ataupun persekitaran disekeliling kita. Adakah anda setuju? Tapi itu bagi yang ikutkan hati.

Bagi yang ikutkan rasa (nafsu) pula, contohnya anda boleh lihat sendiri didada-dada akhbar, setiap hari ada saja kes pembuangan bayi. Jadi anda boleh lihat dilongkang-longkang rumah anda, kalau-kalau ada yang terberanak malam ni.

Jadi anda tanya apa yang boleh mengawal hati dan rasa ini. Yes, jawapannya adalah AKAL. Alhamdulillah kita dikurniakan Tuhan degan akal, yang juga membezakan antara kita dengan haiwan. Jadi kenapa bazirkan kurniaan Tuhan tu dengan perkara yang sia-sia? Gunakan ia dengan sebaik mungkin, gunakan ia untuk menimbang dan menaakul setiap gerak geri anda.

Jadi renungkanlah, adakah langkah anda hari ini dipengaruhi oleh hati ataupun nafsu semata? Atau berpandukan akal yang waras untuk mengatur segalanya? Renungkanlah ya. Wallahulam.

Wednesday, December 8, 2010

I'm Not Afraid..

Please, listen to this song, and understand the lyrics thoroughly. Cheers!

The Ghost of You

Assalamualaikum.

Pernah rasa tak kadang-kadang apa yang kita buat hari ini semua tak menjadi, semua rasa tak betul. Pernah tak?

Aku rasa benda ni hari-hari. Macam langkah aku ni ada je yang sumbang. Puas dah aku berdoa mintak petunjuk, minta ampun dari Allah atas dosa-dosa aku yang lampau, sebab aku tau aku ni tak sempurna. Tapi masih jugak hati aku tak tenang.

Kemudian baru aku ingat, ustaz aku pernah pesan, dosa dengan Allah insyaallah Dia akan ampunkan jika kita bertaubat dengan sepenuh hati, tapi dosa dengan manusia lain tak boleh buat macam tu, kena juga minta maaf dengan tuan punya badan. Kalau tak sampai akhirat esok akan dituntut.

Jadi aku teringat balik dosa-dosa aku yang lampau, ya Allah, amatlah banyak. Dan aku tak rasa aku boleh minta maaf dengan semua, malah ada yang dah meninggal dunia pun.

Tapi aku pasrah, kehidupan aku dulu memang teruk, hubungan aku dengan Pencipta, dengan manusia lain semua hancur. Macam seorang teman aku pernah cakap, "dulu buat salah, sekarang ni bayarlah!".

Sekarang dalam proses aku menuntut ilmu ni macam-macam dugaan yang aku tempuh, masalah datang tak pernah berhenti, tapi aku tetap sabar, aku tau ni semua disebabkan dosa-dosa aku yang lampau. Kepada yang masih hidup tu insaallah aku dapat pohon maaf, tapi dengan yang dah tiada tu aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka disana. Dan alhamdulillah, setakat ni aku rasa perjalanan aku masih lancar.

Jadi teman-teman semua, renungkanlah. Kadang-kadang kenapa cinta kita selalu tak menjadi, kerja penat tapi tak naik pangkat, banyak duit tapi hati tak tenang, cuba anda renung ke dalam diri sendiri dulu, sebelum anda tanya kepada Pencipta. Wallahualam.

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Pagi!

Heh! Pagi yang tak berapa nak pagi la kan, dah nak masuk pukul 12 dah. Jadi apa program anda hari cuti ini?

Kepada yang ingin travel tu, berhati-hati dijalan raya, dan sentiasa ingat kepada orang tersayang yang sentiasa menunggu anda. Kepada yang duduk di rumah saja, pastikan masa anda di isi dengan program yang bermanfaat.

Wishing all of you a great day today! Yeah!

Terimalah lagu ini untuk hiburan teman-teman semua. Have a nice day y'all! ^_^

Good morning, Shah Alam!

Heh, belum pagi lagi kan? Namun jam sudahpun lepas jam 12 dan tarikh pun dah bertukar kepada 7 Disember 2010. Sedar tak sedar kita dah pun berganjak ke tahun baru dalam kalendar Islam, yakni 1 Muharram 1432H. Jadi apa yang anda berjaya capai dalam tahun lepas? Kenaikan pangkat? Kereta Baru? Rumahtangga baru? Apapun yang anda semua capai dalam tahun yang sudah saya harap ia cukup bererti dalam hidup anda semua.

Bagi saya tahun lepas ini merupakan satu pencapaian yang paling baik dalam hidup saya, apabila saya decide untuk further study. Weyh? pencapaian terbaik ke??!

Yes! Bukan mudah untuk seorang membuat decision macam ni, terutama sekali yang dah "lanjut usia" macam saya, dan telah pun menikmati alam pekerjaan. Hehe. Tapi atas rasa perihatin dengan masa depan, saya tetap teruskan keputusan saya ini. Dan ini merupakan Hijrah yang paling besar dalam hidup saya. Biarpun banyak dugaan yang melintang, Insyaallah, saya takkan goyah.

Jadi apa Hijrah anda dalam tahun baru ini? Renung-renungkanlah ya!

Monday, December 6, 2010

Doa Akhir dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun, dibaca sebelum Maghrib:


Doa Awal Tahun, dibaca sejurus selepas Maghrib:



Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H

Kepada yang mengenali diri ini, Salam Maal Hijrah 1432H kepada anda semua. Semoga hidup kita bertambah keberkatan di tahun baru yang bakal menjelang. Amin~

Keane - Everybody's Changing



Everybody will change, so will i..

Hola Guys!

This is my first ever post on my first ever blog. HURRAY! Will be updated from time to time, aight!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...